Tuesday, November 12, 2013

Bila Masa Sesuai Untuk Melabur?

Ramai yang takut untuk bermula dalam pelaburan. Tak kira la apa jua pelaburan, unit trust, pelaburan emas, hartanah atau melabur dalam perniagaan yang dijalankan oleh diri sendiri. 

Ketakutan untuk bermula kebiasaanya adalah datangnya dari:

1. Keraguan tentang kesahihan pelaburan itu sendiri 
2. Keadaan ekonomi semasa Malaysia dan dunia. 

Memang amat penting untuk memeriksa samada pelaburan yang kita sertai itu sah di sisi undang-undang. Perkara ini boleh disemak dengan Suruhanjaya Sekuriti. Suatu masa dahulu kita pernah dengar banyak Skim Pelaburan Emas yang menyalahi peraturan Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti. 

Bercerita tentang unit trust, amat mudah untuk memeriksa kesahihan Syarikat yang menguruskan Dana Unit Trust, dan ianya boleh dilihat dalam Product Highlight Sheet serta Master Prospectus yang disediakan oleh Consultant Unit Trust. 

Bercerita tentang Unit trust, dalam keadaan ketidaktentuan pasaran saham Bursa Malaysia dan serantau, ramai takut nak beli unit amanah.Perlu ke anda
risau untuk beli unit trust bila keadaan pasaran Bursa Malaysia tidak menentu?

Saya nak tanya anda, agak-agak siapakah Pak Nujum yang boleh meramalkan dengan tepat apa yang akan berlaku tentang pasaran saham? Kita hanya boleh membuat ramalan berdasarkan keadaan ekonomi semasa dan suntikan dari kerajaan, namun agak sukar untuk kita elakkan kejadian luar dugaan seperti wabak penyakit SARS serta kejatuhan ekonomi satu dunia pada tahun 1998.

Jadi, saya nak share info tentang bilakah waktu yang terbaik untuk Anda beli unit trust.

Hakikat sebenarnya, dalam unit trust, tiada panduan yang tetap dan tepat mengenai waktu yang terbaik untuk membeli unit (samada membeli untuk tabung/fund baru atau membeli untuk menambah unit yang sedia ada). Ini kerana harga unit sentiasa naik-turun (fluctuates) mengikut keadaan ekonomi semasa, pasaran saham dan
perubahan dalam nilai unit tabung itu sendiri.

Anda tahu kenapa saya berpandangan sedemikian? Ada 3 senario yang saya ingin nyatakan:

(1)Membeli unit ketika harga unit tidak berubah (atau hanya perubahan kecil) memberikan pelabur rasa tenang dengan kestabilan harga unit. Namun begitu, untuk jangka masa pendek, pelabur hanya menikmati sedikit saja keuntungan dari segi kenaikan modal jika ingin menjual balik unit-unit yang telah dibeli.

(2) Membeli unit ketika pasaran sedang naik menjadi favourite ramai pelabur kerana mereka boleh mendapat pulangan tunai dengan cepat dari pelaburan mereka. Tetapi perlu di ingat, mereka akan kerugian dari segi bilangan unit jika lambat untuk membeli.

Persoalannya, bilakah kita tahu harga pasaran naik atau menurun? Ikut trend? Susah nak cakap gak kan?

(3) Membeli unit ketika pasaran sedang menurun juga menjadi favourite ramai. Sebab dengan harga lebih rendah, semakin banyak unit yang kita perolehi. Dan dengan unit yang banyak ini, untuk jangka masa panjang, semakin banyaklah jumlah unit diperolehi bila ada dividen yang dilabur semula atau jika ada unit split.

Kesimpulannya, membeli ketika harga paling rendah  dan menjual ketika harga paling tinggi adalah teori asas dalam pelaburan.

Namun, tiada siapa dapat meramalnya. Pasaran saham mungkin jatuh lebih rendah daripada rekod yang pernah dicatat dan mungkin mencatat rekod tertinggi baru.

Jadi, realitinya tiada waktu terbaik untuk membeli unit. Pelabur boleh membeli unit bila-bila masa. Namun begitu dalam pelaburan unit amanah, pelabur hendaklah tahu asas-asas strategi yang boleh diambil (samada untuk membeli atau untuk menjual unit) apabila harga unit tidak banyak bergerak, harga mula bergerak naik ataupun
ketika harga mula menurun supaya dapat memaksimumkan keuntungan.

Pelaburan tetap secara berkala juga sering dikatakan cara terbaik melabur dalam unit amanah kerana pelabur dapat membuat pemurataan kos (cost averaging).

ok lah, setakat ini dulu perkongsian saya hari ini, harapan saya agar dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh anda.

Share this

1 Response to "Bila Masa Sesuai Untuk Melabur?"

  1. Hello!

    My name is Aisyah, an affiliate program manager for InstaForex Group – the Best Broker in Asia.
    We would like to offer you the affiliate program cooperation with InstaForex. If you are interested to get involve in high commission based program, please contact me and I will provide the details.
    If you have any queries, do not hesitate to contact me.

    Looking forward to hear you soon. Please reach me through email aisyah@mail4.instaforex.com. We will be glad to establish mutually advantageous cooperation with you.Thank you.


    Sincerely yours,
    Aisyah

    Partner Relations Department
    InstaForex Group

    Skype ID : aisyah ifx
    Mobile/WA : +628119294424
    FB : aisyah.ifx.9

    ReplyDelete