Thursday, May 29, 2008

2nd month

Bulan ni slow sikit sebab terlalu banyak masalah. Masalah kerja di pejabat dan masalah-masalah peribadi yang lain.

Tapi still ada lagi beberapa follow up yang dilakukan dan insyaallah akan diclosekan sebelum hujung bulan. Ada lebih kurang 3 org client dengan total RM7k..tak sampai 10k.. hua...

dan ada feedback dari sorang client kata kakak dia nak join gak, pakai EPF maybe more than 10k.. (insyaallah)... doakan berjaya..

Lepak ngan adik ipar semalam di Hartamas Old Town Coffee, dia akan berikan beberapa name card customer dia. Buat pengetahuan, dia ni kerja jual kereta di Naza World..so ramai la orang-orang kaya yang beli kereta dengan dia.. so, sesapa nak beli kereta import contact la dia..

Nizam 017-2187599 - bagitau dia dapat dari blog ni..

Oh ya..maybe bulan depan saya akan gi kursus yang sepatutnya dari awal join dulu saya join.. Jumpstart course..

anyway, good luck to me dan semoga terus berusaha dengan gigih..

Wednesday, May 28, 2008

Kelebihan Melabur Dalam Unit Trust

Setelah kita tahu apa itu unit trust. Mari kita lihat pula apa yang best sangat melabur dalam skim unit trust ni?

Bagi orang biasa macam saya sebelum ni, mana le ada skill atau masa untuk buat penyelidikan dan analisis stock market. Anda semua pun tau kan, nak mengendalikan portfolio pelaburan yang dipegang secara direct ni, setiap individu tu perlu tau banyak maklumat dan sentiman pasaran terkini. Tambahan pula, sekarang ni pasaran kewangan bergerak semakin pantas dan canggih, maknanya kita perlu sentiasa follow perkembangan pelbagai maklumat dari pelbagai sumber.

Contohnya, dalam beberapa hari sebelum hari Thaipusam yang lepas, pasaran saham Malaysia telah mengalami kejatuhan yang ketara. Then, apabila Rizab Persekutuan US umumkan penurunan kadar faedah sebanyak 75 mata asas, barulah bursa Malaysia dan beberapa pasaran utama dunia yang lain pulih dan naik semula…hmm, info2 macam ni pun kita kena ambil tahu kalau kita direct invest dalam stock market.

Kesimpulannya, nak buat semua benda2 ni bukannya mudah, orang Utara kata keja khenyah.. leceh punya kerja..pastu pulak makan masa dan kos yang tinggi. So, skim unit trust le cara paling ideal untuk melabur. Dalam unit trust, beban kerja2 khenyah tadi kita alihkan kepada orang2 yang pro dalam mengendalikan investment iaitu Unit Trust Management Company (UTMC). Contoh Public Mutual.

Selain daripada tu, beberapa faedah utama melabur dalam skim unit trust ni adalah seperti berikut.

1) Kepelbagaian : Diversification
Sebelum ni pun saya dah sebutkan, kalau kita bersendirian direct invest dalam stock market, dengan modal yang kecil, berapa stock kita boleh beli?.. itu belum tanya lagi berapa kauter kita boleh beli? Kat sini le kelebihan skim unit trust. Dengan pengumpulan dana yang lebih besar, UTMC boleh membeli pelbagai jenis pelaburan. Jadi, dengan modal yang sedikit pelabur dalam unit trust berpeluang menyertai lebih banyak sektor berbanding yang dibuat secara persendirian. Kepelbagaian pelaburan boleh mengurangkan risiko kepada pelabur-pelabur. Kerugian di beberapa kaunter boleh diimbangi oleh keuntungan diperolehi di kaunter lain. Sekiranya pelabur melabur dalam beberapa dana iaitu tidak terhad kepada satu dana sahaja, pelabur akan meminimumkan risikonya.

2) Pengurusan Profesional
Keputusan pelaburan dana dalam skim uni trust dibuat oleh pengurus dana yang profesional. Mereka ini mempunyai skill dan pengalaman dalam menguruskan pelaburan. Kita akan mendapat faedah ini berbanding pelabur perseorangan yang mungkin membuat pelaburan secara rambang. Pengurus dana profesional ini akan sentiasa mengawasi prestasi pelaburan kita dan memastikan wang kita dilaburkan sebaik mungkin berdasarkan maklumat yang telah dikajiselidik.

3) Tahap Kecairan (Liquidity) Yang Tinggi
Kebanyakan pelabur mahukan pelaburan yang mudah tunai, iaitu pelaburan tersebut mudah dijual tak kiralah sebahagian atau kesemua saham mereka pada bila-bila masa. Kalau pelaburan yang bagi return yang lumayan tapi tak boleh dijual dengan mudah, tak dipanggil pelaburan yang baik juga sebab paras mudah tunai yang sangat rendah merupakan faktor risiko tambahan kepada pelabur.

Sebagai contohnya, investment dalam hartanah, ianya memang antara pelaburan yang bagus dan menguntungkan jika kena srateginya. Tapi tahap liquidity nya sangat rendah, bayangkan kalau anda telah berjaya membeli sebuah rumah di kawasan bandar yang anda tahu di situ memang menjadi rebutan pembeli. Suatu hari, anda mengalami situasi di mana anda sangat2 memerlukan wang tunai, contohnya anak anda perlu menjalani pembedahan yang kritikal dan rumah tersebut satu2 nya sandaran anda untuk mendapatkan wang tunai. Bolehkah anda terus jualkan rumah itu untuk mendapatkan wang tunai dengan segera? Saya tak fikir semudah itu boleh.. mungkin anda dapat mencari pembeli dangan segera sebab kawasan itu memang high demand, tapi untuk mendapatkan wang tunai hasil jualannya mungkin memakan masa dua hingga tiga bulan juga.

Disinilah kelebihan liquidity skim unit trust coz anda boleh menebus atau menjual-balik unit2 yang dipegang pada bila-bila masa dan mendapat bayarannya dengan cepat. Mengikut garis panduan skim unit trust, UTMC perlu membayar hasil daripada belian balik (repurchase) unit kepada pemegang unit secepat mungkin, selewat-lewatnya dalam tempoh 10 hari selepas menerima permohonan repurchase tersebut.Selain tahap mudah tunai, tahap kemudahan untuk membuat urusniaga pun boleh dikira tahap liquidity juga. Jika kita direct invest dalam stock market, harga dan peluang untuk membuat urusniaga bergantung kepada penawaran dan permintaan saham pada masa itu. Sebaliknya dalam skim unit trust, unit2 boleh dibeli dan dijual dengan mudah melauli UTMC, Ejen Institusi Unit Trust ataupun ejen anda (sesetengah syarikat dipanggil unit trust consultant).

4) Pendedahan Pelaburan (Investment Exposure)

Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, pelabur2 yang bermodal kecil dan melabur secara individu agak mustahil untuk melabur didalam sesuatu aset tertentu. Sebagai contoh, jika anda mempunyai RM5,000 dan ingin memegang portfolio pelaburan yang mengandungi pasaran hartanah Malaysia, pasaran equity global dan pasaran bon Malaysia. Bolehkah anda berbuat demikian secara direct investment ke dalam portfolio tersebut secara serentak dengan modal sebanyak itu? Ianya memang mustahil.. Tapi dengan pelaburan unit trust, anda boleh mengembangkan wang anda ke dalam kesemua aset tersebut secara serentak.. maksudnya “it is possible to spread your money around to all of these asset classes at the same time”.. disinilah dikatakan kita mendapat pendedahan pelaburan atau investment exposure.Dan satu pekara lagi, tak seperti unit trust, kebanyakan individual investor tak mungkin dapat direct akses ke pasaran sekuriti kerajaan, antara sebabnya ialah amaun setiap transaksi bejumlah berjuta-juta ringgit.

5) Kos dan Caj Pelaburan Yang Lebih Rendah
Jika kita buat direct investment dalam Bursa malaysia dan secara kecil-kecilan, kos dan caj yang dikenakan akan menjadi lebih tinggi..antara kosnya ialah yuran dan caj yang dikenakan oleh broker2 saham. Dengan unit trust, disebabkan fund manager melabur dengan amaun yang besar, kos dan caj yang dikenakan akan menjadi lebih ekonomi.. maknanya kos untuk setiap ringgit kepada setiap pelaburan akan menjadi lebih rendah. Konsepnya samalah macam anda beli barang sikit2 di kedai runcit dengan beli barang secara borong di pasaraya Makro, Carrefour atau Tesco. Tentunya di pasaraya besar anda dapat berjimat bila anda membeli secara borong kan?

6) Undang-Undang dan Peraturan Yang Terjamin
Mahukah anda wang yang anda laburkan tiba-tiba lesap begitu saja disebabkan syarikat atau tempat yang anda laburkan bermasalah atau tiba-tiba didapati beroperasi secara salah disisi undang2? Tentunya tak nak kan.. anda mesti pernah dengar Swiss Cash yang heboh tempoh hari sebab illegal.. ataupun skim2 cepat kaya yang lain kan? skim2 ni konsepnya hampir sama dengan unit trust juga iaitu collect duit dari orang ramai dan dilaburkan. Kemudian keuntungan diagihkan kepada peserta mengikut berapa peratus duit yang dilabur oleh peserta. Masalahnya, skim2 ini beroperasi secara illegal.. so, bila2 pun wang anda boleh lesap dalam sekelip mata.

Kita bertuah kerana di Malaysia, industri unit trust diperkenalkan bersama-sama beberapa undang-undang dan peraturan. Berbagai pihak mengawal selia industri ini terutamanya Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission). Tujuannya adalah untuk menjaga kepentingan pelaburan pemegang2 unit. Jadi, dengan unit trust investment, kita akan rasa lebih selesa dan wang kita juga agak terjamin dengan adanya undang2 dan peraturan2 yang tertentu.

Sekarang anda dah tahu beberapa kelebihan invest dalam unit trust ni. Jadi tunggu apa lagi… marilah kita invest dalam skim unit trust.

Monday, May 26, 2008

An Interesting Blog

Lari tajuk sikit hari ni, tapi masih berkisar tentang perancangan kewangan.

Sila layari http://www.rancanghidup.blogspot.com

Sebuah blog yang menceritakan tentang bagaimana untuk merancang kewangan dengan baik dan berkesan. Penulis blog ini juga telah menghasilkan sebuah buku bertajuk "Rancang Hidup Rancang Wang" yang berkonsepkan "SATU BUKU CERITA SEMUA" dan dihasilkan dengan tujuan untuk memberikan pasangan muda suatu asas kehidupan.

Antara idea yang diketengahkan ialah

-Kehidupan
-Kerjaya
-Rancang Wang
-Pelaburan dan Perlindungan
-Membeli Rumah
-Mendidik Anak
-Konsep Rezeki.

Berharga hanya RM18, ia sesuai untuk dibaca sebagai panduan hidup melalui pengalaman penulis sendiri.

Wednesday, May 21, 2008

Why Should I Start Investing Today?

Today's decision should consider tomorrow's needs. There is a direct relationship between the amount of money you need to accumulate and the number of years you have to do it.

For example, if you plan to have a RM120, 000 education fund, have 20 years to do it, and expect an annual rate of return of 12%, you have to invest only a little over RM120 a month. Wait 5 years, and with 15 years left you will need over RM240 a month. Procrastinate another 10 years; you will have to take almost RM1, 470 each month!

Time can be a real asset when planning for a child's education or our retirement. The more time we have to save, the fewer ringgit we need now. Do not let time slip away.

Why Choose Unit Trust?

With the proliferation of various types of investment products in recent years, people often look for a straight forward, professionally managed investment opportunity that caters for basic investment needs. Public Mutual Berhad has succeeded in meeting those needs with its unit trust funds.

Children's Education
Unit trust can help you to cover the spiraling cost of education for your children or grandchildren. The sooner you start your plan, the lesser will be the burden. Time can be your greatest ally.

Home Ownership
Unit trust can help you to pay off your mortgage earlier, purchase a bigger house or upgrade your existing house. As with any plan, start early. Many bricks build a castle.

Retirement
Growing old and retiring is inevitable. It is never too early to plan for retirement even though you have the comfort of the Employees' Provident Fund (EPF). You have the right and choice to retire in dignity. Retire comfortably. Plan a nest for your retirement home, orchard and the likes. Unit trust can help do the job.

Cash Reserves
The only certainty in life is the uncertainty or unexpected emergencies. Unit trust can help you to set aside some cash for rainy days.

Regardless of your own needs and wants, unit trust makes sense, for potential return and security.

Tuesday, May 13, 2008

What Is Unit Trust?

A unit trust is a financial vehicle through which individuals may invest their money. The idea behind unit trust is better investment through collective investing. That is to say pooling the investments of many investors, individuals and institutions.

Investing in a unit trust offers investors numerous advantages, including :

a. Professional management at a low cost
b. Safety through the spreading of risk (diversification)
c. Liquidity
d. Ease of transaction
e. Capital appreciation/income stream

The operation of a unit trust may be best explained by outlining its similarities with the operation of a bank, with which most individuals are familiar.

Many individuals deposit
money in the banks, for which they receive interest. These individuals expect complete liquidity where they must be able to withdraw their deposits in cash at any time. The banks employ professional managers to look after the deposits. The deposits are invested. These managers lend the deposits to other individuals requiring funds and a host of other profit generating facilities of the banks.

Similarly, unit trust holders wish to put their money to generate higher returns. The goal of all investments is to
make money more productive, either through producing income or growth. Unit trust holders have liquidity because their units can be readily converted into cash at any time. By investing in unit trusts, it allows them to engage professional fund managers at a low cost to the individual investors. These managers diversifies the investible funds in many different securities and other approved channels to spread the risk.

The unit trust is constituted through a document known as a deed which brings together and binds the various parties to the deed :

  • The trustee, who holds the assets of the trusts on behalf of the unitholders.
  • The manager, who is the promoter of the scheme and provides investment and administrative expertise and markets units to the public .
  • The unitholders who provide the funds for investment and expect to receive the benefits derived from the investment. The effect of dividing the beneficiaries' interest in the trust into units is that their interest is quantified into discrete portions.


Particular advantages of unit trusts over the pooled investments include :

  • The provision of an independent trustee to hold the trust's assets on behalf of unitholders and to watch over their interests on an on-going basis.
  • The deed and prospectus are scrutinised by government authorities, prior to an offer of units being made to the general public. The managers and trustee are themselves approved by the regulators.
  • A buy back provision or covenant in each deed which requires the manager to redeem an investor's units within specified time limits at a price determined in accordance with the deed.


Provisions in the deed under which the manager and trustee are in a fiduciary position in relation to the trust (i.e. they can only profit in ways laid down under the deed). The investor can determine in advance what costs and charges they will be required to pay to join and stay in the trust.

Thursday, May 8, 2008

First Month

By 29th April 2008 - I've already had 6 clients under me - 4 clients invest via EPF and 2 using their cash. The total amount invested is RM17,200. For some people it might sounds 'low' but for me (considering I have no sales and marketing abckground), it was an achievement. I'm proud of myself!

And I believe that I can do this and I think it's not that hard to sell unit trust. It's a sellable product, with so many support from the company and my supervisor, and the government (EPF) too.

Alhamdulillah.

The Beginning

29th March 2008

CUTE Examination started at 10am. takut gak sebenarnya nak amik exam ni coz tak berapa study sangat. A week before the exam, banyak sangat benda nak kena study in new workplace. Ada assessment. So, cuma sempat study malam before the exam.

As my upline said, no need to focus on the calculation coz tak banyak soalan yang melibatkan calculation, so just focus on the fact - which overall is more on common sense.

The exam started sharp at 10 am. Duduk rapat-rapat with other candidate tapi nak tiru pun tak leh coz soalan lain-lain( they randomly prompted it). So, just berserah pada nasib.

Habis je 2 jam, the result keluar.. and nasib baik LULUS!!! Alhamdulillah.