Wednesday, May 28, 2008

Kelebihan Melabur Dalam Unit Trust

Setelah kita tahu apa itu unit trust. Mari kita lihat pula apa yang best sangat melabur dalam skim unit trust ni?

Bagi orang biasa macam saya sebelum ni, mana le ada skill atau masa untuk buat penyelidikan dan analisis stock market. Anda semua pun tau kan, nak mengendalikan portfolio pelaburan yang dipegang secara direct ni, setiap individu tu perlu tau banyak maklumat dan sentiman pasaran terkini. Tambahan pula, sekarang ni pasaran kewangan bergerak semakin pantas dan canggih, maknanya kita perlu sentiasa follow perkembangan pelbagai maklumat dari pelbagai sumber.

Contohnya, dalam beberapa hari sebelum hari Thaipusam yang lepas, pasaran saham Malaysia telah mengalami kejatuhan yang ketara. Then, apabila Rizab Persekutuan US umumkan penurunan kadar faedah sebanyak 75 mata asas, barulah bursa Malaysia dan beberapa pasaran utama dunia yang lain pulih dan naik semula…hmm, info2 macam ni pun kita kena ambil tahu kalau kita direct invest dalam stock market.

Kesimpulannya, nak buat semua benda2 ni bukannya mudah, orang Utara kata keja khenyah.. leceh punya kerja..pastu pulak makan masa dan kos yang tinggi. So, skim unit trust le cara paling ideal untuk melabur. Dalam unit trust, beban kerja2 khenyah tadi kita alihkan kepada orang2 yang pro dalam mengendalikan investment iaitu Unit Trust Management Company (UTMC). Contoh Public Mutual.

Selain daripada tu, beberapa faedah utama melabur dalam skim unit trust ni adalah seperti berikut.

1) Kepelbagaian : Diversification
Sebelum ni pun saya dah sebutkan, kalau kita bersendirian direct invest dalam stock market, dengan modal yang kecil, berapa stock kita boleh beli?.. itu belum tanya lagi berapa kauter kita boleh beli? Kat sini le kelebihan skim unit trust. Dengan pengumpulan dana yang lebih besar, UTMC boleh membeli pelbagai jenis pelaburan. Jadi, dengan modal yang sedikit pelabur dalam unit trust berpeluang menyertai lebih banyak sektor berbanding yang dibuat secara persendirian. Kepelbagaian pelaburan boleh mengurangkan risiko kepada pelabur-pelabur. Kerugian di beberapa kaunter boleh diimbangi oleh keuntungan diperolehi di kaunter lain. Sekiranya pelabur melabur dalam beberapa dana iaitu tidak terhad kepada satu dana sahaja, pelabur akan meminimumkan risikonya.

2) Pengurusan Profesional
Keputusan pelaburan dana dalam skim uni trust dibuat oleh pengurus dana yang profesional. Mereka ini mempunyai skill dan pengalaman dalam menguruskan pelaburan. Kita akan mendapat faedah ini berbanding pelabur perseorangan yang mungkin membuat pelaburan secara rambang. Pengurus dana profesional ini akan sentiasa mengawasi prestasi pelaburan kita dan memastikan wang kita dilaburkan sebaik mungkin berdasarkan maklumat yang telah dikajiselidik.

3) Tahap Kecairan (Liquidity) Yang Tinggi
Kebanyakan pelabur mahukan pelaburan yang mudah tunai, iaitu pelaburan tersebut mudah dijual tak kiralah sebahagian atau kesemua saham mereka pada bila-bila masa. Kalau pelaburan yang bagi return yang lumayan tapi tak boleh dijual dengan mudah, tak dipanggil pelaburan yang baik juga sebab paras mudah tunai yang sangat rendah merupakan faktor risiko tambahan kepada pelabur.

Sebagai contohnya, investment dalam hartanah, ianya memang antara pelaburan yang bagus dan menguntungkan jika kena srateginya. Tapi tahap liquidity nya sangat rendah, bayangkan kalau anda telah berjaya membeli sebuah rumah di kawasan bandar yang anda tahu di situ memang menjadi rebutan pembeli. Suatu hari, anda mengalami situasi di mana anda sangat2 memerlukan wang tunai, contohnya anak anda perlu menjalani pembedahan yang kritikal dan rumah tersebut satu2 nya sandaran anda untuk mendapatkan wang tunai. Bolehkah anda terus jualkan rumah itu untuk mendapatkan wang tunai dengan segera? Saya tak fikir semudah itu boleh.. mungkin anda dapat mencari pembeli dangan segera sebab kawasan itu memang high demand, tapi untuk mendapatkan wang tunai hasil jualannya mungkin memakan masa dua hingga tiga bulan juga.

Disinilah kelebihan liquidity skim unit trust coz anda boleh menebus atau menjual-balik unit2 yang dipegang pada bila-bila masa dan mendapat bayarannya dengan cepat. Mengikut garis panduan skim unit trust, UTMC perlu membayar hasil daripada belian balik (repurchase) unit kepada pemegang unit secepat mungkin, selewat-lewatnya dalam tempoh 10 hari selepas menerima permohonan repurchase tersebut.Selain tahap mudah tunai, tahap kemudahan untuk membuat urusniaga pun boleh dikira tahap liquidity juga. Jika kita direct invest dalam stock market, harga dan peluang untuk membuat urusniaga bergantung kepada penawaran dan permintaan saham pada masa itu. Sebaliknya dalam skim unit trust, unit2 boleh dibeli dan dijual dengan mudah melauli UTMC, Ejen Institusi Unit Trust ataupun ejen anda (sesetengah syarikat dipanggil unit trust consultant).

4) Pendedahan Pelaburan (Investment Exposure)

Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, pelabur2 yang bermodal kecil dan melabur secara individu agak mustahil untuk melabur didalam sesuatu aset tertentu. Sebagai contoh, jika anda mempunyai RM5,000 dan ingin memegang portfolio pelaburan yang mengandungi pasaran hartanah Malaysia, pasaran equity global dan pasaran bon Malaysia. Bolehkah anda berbuat demikian secara direct investment ke dalam portfolio tersebut secara serentak dengan modal sebanyak itu? Ianya memang mustahil.. Tapi dengan pelaburan unit trust, anda boleh mengembangkan wang anda ke dalam kesemua aset tersebut secara serentak.. maksudnya “it is possible to spread your money around to all of these asset classes at the same time”.. disinilah dikatakan kita mendapat pendedahan pelaburan atau investment exposure.Dan satu pekara lagi, tak seperti unit trust, kebanyakan individual investor tak mungkin dapat direct akses ke pasaran sekuriti kerajaan, antara sebabnya ialah amaun setiap transaksi bejumlah berjuta-juta ringgit.

5) Kos dan Caj Pelaburan Yang Lebih Rendah
Jika kita buat direct investment dalam Bursa malaysia dan secara kecil-kecilan, kos dan caj yang dikenakan akan menjadi lebih tinggi..antara kosnya ialah yuran dan caj yang dikenakan oleh broker2 saham. Dengan unit trust, disebabkan fund manager melabur dengan amaun yang besar, kos dan caj yang dikenakan akan menjadi lebih ekonomi.. maknanya kos untuk setiap ringgit kepada setiap pelaburan akan menjadi lebih rendah. Konsepnya samalah macam anda beli barang sikit2 di kedai runcit dengan beli barang secara borong di pasaraya Makro, Carrefour atau Tesco. Tentunya di pasaraya besar anda dapat berjimat bila anda membeli secara borong kan?

6) Undang-Undang dan Peraturan Yang Terjamin
Mahukah anda wang yang anda laburkan tiba-tiba lesap begitu saja disebabkan syarikat atau tempat yang anda laburkan bermasalah atau tiba-tiba didapati beroperasi secara salah disisi undang2? Tentunya tak nak kan.. anda mesti pernah dengar Swiss Cash yang heboh tempoh hari sebab illegal.. ataupun skim2 cepat kaya yang lain kan? skim2 ni konsepnya hampir sama dengan unit trust juga iaitu collect duit dari orang ramai dan dilaburkan. Kemudian keuntungan diagihkan kepada peserta mengikut berapa peratus duit yang dilabur oleh peserta. Masalahnya, skim2 ini beroperasi secara illegal.. so, bila2 pun wang anda boleh lesap dalam sekelip mata.

Kita bertuah kerana di Malaysia, industri unit trust diperkenalkan bersama-sama beberapa undang-undang dan peraturan. Berbagai pihak mengawal selia industri ini terutamanya Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission). Tujuannya adalah untuk menjaga kepentingan pelaburan pemegang2 unit. Jadi, dengan unit trust investment, kita akan rasa lebih selesa dan wang kita juga agak terjamin dengan adanya undang2 dan peraturan2 yang tertentu.

Sekarang anda dah tahu beberapa kelebihan invest dalam unit trust ni. Jadi tunggu apa lagi… marilah kita invest dalam skim unit trust.

Share this

0 Comment to "Kelebihan Melabur Dalam Unit Trust"

Post a Comment