Tuesday, November 18, 2008

Harga Unit Jatuh? Adakah Pelabur Kerugian?

Seringkali saya diajukan oleh pertanyaan seperti di atas oleh para pelabur saya dan juga bakal pelabur. Ini adalah soalan lazim yang sering diajukan oleh mereka kerana sebagai manusia normal, adalah lumrah untuk kita mengambil sikap berhati-hati untuk setiap risiko yang bakal diambil.

Di dalam pelaburan unit trust / amanah saham, wang yang kita laburkan akan ditukar kepada bentuk unit.
Sebagai contoh (dengan mengabaikan service charge), pelabur yang melabur sebanyak RM1, 000 pada harga RM0.25 seunit akan mendapat 4000 unit.


Unit ini adalah berbentuk tetap. Apa yang berubah hanyalah pada harga unit. Harga unit ini akan berubah-ubah setiap hari bursa saham diniagakan, iaitu pada hari bekerja. Apabila harga unit berubah, nilai semasa juga akan berubah. Namun begitu, jika pelabur tidak menjual unit yang dimilikinya, pelabur tidak akan menerima apa-apa kesan daripada kenaikan atau penurunan harga unit tersebut.

Di dalam setiap pelaburan, ada risiko yang perlu kita hadapi. Tetapi bagaimana kita menghadapi risiko itu adalah yang penting. Begitu juga dengan pelaburan unit trust / amanah saham. Tetapi risiko pelaburan di dalam unit trust / amanah saham ini adalah kurang jika dibandingkan dengan melabur terus ke pasaran saham. Kejatuhan harga unit trust / amanah saham ini pula tidak terlalu mendadak seperti di pasaran saham semasa kerana harga bagi sesebuah dana unit trust adalah harga purata bagi berpuluh-puluh harga saham. Jadi, harga bagi setiap dana tidak akan turun mendadak pada sesuatu masa. Ini kerana, walaupun ada saham yang turun harganya, ada juga saham yang harganya sedang naik.

Atas sebab inilah, saya sarankan kepada pelabur supaya jangan terpengaruh dengan spekulasi-spekulasi dan Insyallah, anda tidak akan kehilangan wang pelaburan anda jika anda kekal kepada objektif pelaburan anda; iaitu untuk jangka panjang.

Share this

0 Comment to "Harga Unit Jatuh? Adakah Pelabur Kerugian?"

Post a Comment