Thursday, January 21, 2016

Definisi Unit Trust



Sebelum kita melabur dalam skim unit trust ni, lebih baik kita faham dulu apa itu unit trust?. Dari segi bahasa, dalam Bahasa Malaysia disebut “Amanah Saham” ataupun sekarang disebut “Unit Amanah”. Kalau English disebut “Unit Trust”. Ada di sesetengah negara unit trust ni juga disebut “Mutual Fund”. Contohnya macam di US dan Canada. Di Australia dan New Zealand pulak diorang panggil “Managed Fund”. Dari segi definisi, menurut Persekutuan Pengurus Unit Amanah Malaysia atau lebih dikenali FMUTM (Federation of Malaysian Unit Trust Managers) : Skim unit amanah atau “unit trust scheme - UTS” merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur-pelabur yang mempunyai ojektif pelaburan yang sama mengumpulkan wang mereka, dan kemudian dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan oleh profesional pelaburan.

Secara mudahnya, kita ramai-ramai masukkan duit kita dalam satu dana yang diuruskan oleh suatu syarikat pengurusan dana yang dipanggil “Syarikat Pengurusan Unit Amanah” atau ringkasnya UTMC (Unit Trust Management Company). UTMC ini pula akan laburkan duit kita dalam pelbagai portfolio yang diluluskan seperti sekuriti, bond ataupun aset-aset lain dalam syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia atau pasaran ekuiti di luar negara. UTMC ini mestilah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission - SC) dan terikat dengan beberapa akta perundangan. Selain daripada SC, beberapa pihak lain juga terlibat dalam mengawal-selia industri skim unit trust ini demi menjaga kepentingan para pelabur, antaranya ialah Pemegang Amanah (Trustees), Juruaudit (Auditors), FMUTM dan Kementerian Kewangan. Yang penting kat sini, syarikat-syarikat tersebut “diluluskan”. Kalau yang tak lulus tu kita panggil skim cepat kaya, Pak Man Telo(80an),swisscash(90an), meccafund(sekarang ni) dan macam-macam lagi.. ..yang ni jangan cuba-cuba nak masuk le… 

Dalam skim unit trust, para pelabur tidak membeli sekuriti/stocks secara terus dalam portfolio. Pemilikan dana (portfolio) akan dibahagikan kepada unit dan para pelabur dikenali sebagai ‘pemegang unit’ (unit-holders).Pelabur-pelabur bukannya pemegang saham dalam sesuatu syarikat yang dilaburkan, sebaliknya merupakan benefisiari di bawah amanah yang diwujudkan oleh UTMC. Mengikut perlembagaan atau ’surat ikatan’ (the deed) skim unit trust, mesti terdapat pemegang amanah (trustee) untuk menjaga kepentingan pelabur. Trustee adalah pemilik sah ke atas semua aset dalam skim unit trust bagi pihak pemegang unit. 

Nilai atau harga satu unit dalam skim unit trust dikenali sebagai “Nilai Aset Bersih” atau “Net Asset Value - NAV” per share. Satu unit dalam skim unit trust merupakan ‘bahagian’ berkadar daripada jumlah pelaburan yang terkumpul. Jadi, apabila nilai pelaburan dalam portfolio skim unit trust meningkat atau menurun, maka NAV juga akan turut meningkat atau menurun. Dalam beberapa skim yang ditaja oleh kerajaan (contohnya ASB) di mana portfolio tidak tertakluk kepada perubahan nilai, NAV ditetapkan pada RM1.00. Tak seperti dalam stocks, di mana harga boleh berubah-ubah pada setiap kali urusniaga, NAV bagi sesuatu unit trust fund hanya dikira pada setiap penutup hari urusniaga. Jadi NAV sesuatu fund akan disebutharga/disiarkan di media cetak utama atau halaman web UTMC berkenaan pada keesokan hari urusniaga. 

Pulangan atau ‘returns’ pelaburan adalah gabungan pembayaran pendapatan tetap dipanggil ‘agihan’ (cash distribution) dan tambahan nilai modal (capital gains) melalui pecahan unit (unit split). Pernah dengar perkataan ‘dividen’?… dividen tu ‘Agihan’ lah.. 

Skim unit trust memberi peluang pelaburan untuk pelabur kecil mengakses dengan mudah pelbagai jenis pelaburan yang pada kebiasaannya sukar diakses. Bayangkan kalau kita nak labur secara langsung atau membeli stock dalam sesuatu syarikat ‘blue-chip’ yang besar seperti TNB, Telekom, Maxis dan yang sewaktu dengannya, berapa puluh ribu ringgit kita kena ada untuk membeli satu lot stock. Itu belum kira kos broker saham dan lain-lain lagi. Tapi dengan skim unit trust, kita berpeluang melabur dalam stock-stock ni, bukan setakat satu syarikat malah dalam pelbagai syarikat. Inilah yg dipanggil kepelbagaian atau “diversification’ yang mana ianya dapat mengurangkan risiko kalau melabur dalam satu portfolio sahaja. 

Dengan risiko yang agak berpatutan, kebanyakan pulangan pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang (lebih dari 5 tahun) dalam skim unit trust adalah lebih tinggi daripada pulangan daripada akaun biasa dan deposit tetap (fixed deposit - FD).

Monday, January 11, 2016

Blog Berwajah Baru


Setelah beberapa lama dalam diam dan dalam keadaan hampir hilang, saya kembali semula di arena unit amanah ini. Timbul banyak masalah dalam hidup yang terpaksa diuruskan satu persatu dan kekuatan untuk kembali akhirnya tiba.

Walaupun hampir beberapa tahun menghilang, sebenarnya saya masih mengambil tahu tentang keadaan semasa pasaran unit amanah di Malaysia ini. Ini kerana saya tetap percaya bahawa unit amanah adalah salah satu cara terbaik untuk anda melaburkan wang anda untuk jangkamasa panjang. Dalam keadaan saya 'menghilang' dari dunia unit amanah, rakan-rakan masih menjadikan saya sebagai rujukan jika ada perkara berkaitan dengan pelaburan yang terbaik dan saya tetap mencadangkan mereka supaya melabur di dalam unit amanah.

Apa yang saya suka ingatkan rakan-rakan saya adalah supaya melabur dengan konsisten dan amalkan Dollar Cost Averaging / Ringgit Cost Averaging. Lakukan semakan bersama perunding unit amanah kalau boleh setiap bulan untuk melihat aliran prestasi dana anda.

Jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang unit amanah, jangan lupa hubungi saya dan jangan lupa untuk share posting-posting saya di blog ini. :D

6 Tips Unit Trust Untuk Beginner

Beberapa tips yang saya ingin kongsikan berkaitan pelaburan dalam unit trust. 
1. Ringgit Cost Averaging. Katakan anda ada RM10,000 tunai. Jangan masukkan RM10,000 tu sekaligus ke dalam 1 portfolio unit trust. Pecahkan kepada beberapa jenis portfolio.
Hal ini adalah kerana harga unit trust ni berubah-ubah macam saham dan kalau kita terperangkap dalam keadaan market yang sedang menurun, at least harga purata unit kita dapat diturunkan.
2. Biasanya yang buat Ringgit Cost Averaging ni akan buat dalam tempoh masa tiga tahun. Dan disebabkan simpanan unit trust ni untuk jangkamasa panjang, tiga tahun adalah dianggap normal atau jangka masa sederhana.
3. Pemilihan fund. Untuk yang tak tau apa-apa, memang susah. Kalau dengar cakap agen yang tak tau apa-apa pun susah. Jadi kita serahkan kepada pakar. Pergi laman Morningstar ni, pilih fund dengan rating 4 atau 5 bintang. Settle.
4. Pemilihan fund. Selain Morningstar, boleh guna data dari Lipper Leaders. Cross check top fund antara dua ni untuk dapatkan fund yang terbaik berdasarkan recommendation daripada pakar.
5. Pemilihan fund. Elakkan new fund sebab performance dia masih lagi tak diketahui. Berdasarkan pengalaman orang lain dalam forum, ada je new fund yang tak perform sangat. Agent unit trust biasa akan promote new fund all out untuk kejar sales dan performance bonus.
6. Berapa lama nak simpan? Unit trust ni adalah instrumen pelaburan medium term iaitu bermula dari 3 tahun dan ke atas. Kurang daripada tu maka adalah susah untuk korang masyuk. Kalau ada pun, sikit je.
Kenapa unit trust?
Bukan semua orang mampu baca chart atau faham dengan pergerakan ekonomi semasa untuk melabur dalam saham, jadi untuk golongan ni, eloklah duit lebih tu diletakkan dalam instrumen pelaburan seperti unit trust kalau nak pulangan lebih berbanding ASB, Tabung Haji.